Skip to main content

Elak Terlupa 5 Perkara ni Kalau Tak Nak Gemuruh Masa Nikah Nanti!

AWAS! Mungkin nampak remeh bagi bakal pengantin, tapi watch out selalu jadi tau...Jadi saya nak bakal-bakal pengantin sekalian take note ya (ambil pen dan catat di tangan anda sekarang juga) Hehe gurau je jangan buat tuan-tuan sekalian.


Ada 5 perkara yang untuk anda ambil berat semasa hari pernikahan nanti:

1. Kad Pengenalan
Dokumen Kad Pengenalan ini sangat penting! Semasa majlis nikah nanti kad pengenalan ini perlu diserahkan kepada jurunikah. Jika hilang pastikan anda membuat laporan dan mendapatkan salinan untuk kegunaan hari tersebut.

2. Mas Kahwin
Mas Kahwin perlu ditunjukan kepada jurunikah sebelum akad nikah dimulakan. Mas Kahwin adalah perkara wajib yang diberikan oleh pihak lelaki kepada perempuan. Jika anda hendak memberikan jumlah mas kahwin lebih daripada yang ditetapkan sila sediakan cek supanya ianya mudah diuruskan. Memandangkan mas kahwin ini adalah perkara wajib diberikan.

3. Kehadiran
Pastikan kehadiran yang penting dalam urusan akad nikah ini hadir. Misalnya kehadiran pasangan pengantin, jurunikah, saksi dan wali. Menelefon mereka adalah cara yang terbaik untuk mengingatkan mereka tentang kehadiran ke majlis anda. Seeloknya sehari sebelum.


4. Tepati Masa
Pastikan anda tepati masa yang ditetapkan oleh jurunikah. Hal ini demikian kerana, jurunikah tersebut bukan sahaja menguruskan majlis anda. Ada juga lokasi yang jauh yang perlu jurunikah tersebut hadir. 

5. Jangan gugup
Pengantin lelaki diminta untuk banyak bertenang. Jangan kelam kabut semasa hari pernikahan. Minum air masak secukupnya. Bertenang dengan membaca ayat Al-quran. Jika tidak bertenang, anda akan lebih mudah gugup semasa akad nikah nanti.


Sumber: Kashoorga

Comments

Popular posts from this blog

Perlu Ada Bridesmaid atau Tidak ya? 5 sebab yang anda perlu ambik kira dalam isu ini.

Sudah menjadi trend kat Malaysia ni kalau wedding je mesti kena ada bridesmaids. Antara soalan-soalan yang bermain kat fikiran bakal pengantin, “Pelik ke kalau aku tak ada bridesmaids?” “Rasa macam jahat je kalau tak hire kawan-kawan jadi bridesmaids sebab hari tu diorang beriya-iya minta nak jadi..” Tapi perlu ke bridesmaids? Gambar: Pinterest.com Jawapannya TAK PERLU pun untuk ada gadis-gadis molek yang berpakaian sama warna duduk di sekeliling korang semasa majlis berlangsung atau photoshoot sessions. Kenapa? Meh, admin nak kongsi sebab-sebabnya. 1. Pilih si A nanti B kecik hati pulak. Aduyai! Korang dahla ramai kawan dan ramai cousins perempuan. Tak ke pening korang nak decide siapa yang patut jadi bridesmaids. Bila dah macam tu, nak kena jaga hati semua orang. Takut nanti kalau tak pilih dia, kecil hati pulak. Ah sudah! So, better tak perlu ada bridesmaids. Haa.. selesai satu masalah. 2. Duit oh duit.. Bab ni kalau korang mampu nak sponsor baju dan accessories, ok

8 TIPS KAHWIN BAJET!

Gambar: Pinterest.com Bila jodoh dah tiba, apa lagi plan masing-masing? Kasi kahwin saja lah. Cop cop tapi sebelum tu, bila kata nak kahwin tu kita akan timbul isu kewangan. Betul kan? Yelah mana tak nya kahwin ni melibatkan duit, perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan tu semua nya bergantung kepada diri kita sendiri. Nak sederhana ke? Nak mewah ke? Nak vogue ke? Semua tu perlu tepuk dada tanya selera. Perkahwinan berlandaskan agama Islam, adalah sangat simple. Buat sahaja majlis dengan cara cukup sederhana mengikut kemampuan. Yelah lepas kahwin nanti, berganda-ganda lagi bilangan kiraan duit perlu digunakan (rasanya tak perlu sebut apa yang banyak tu, anda perlu tahu dah kalau nak kahwin hehehe). Jom kita try ikut 8 tips kahwin bajet ni, dan kita cuba sebaik mungkin:- 1. Hantaran dan mas kawin. Pertama sekali,kalau dah rancang nak kahwin bincang dengan pasangan anda, berapa hantaran yang lelaki mampu bagi (kalau boleh cukup untuk cover kenduri kahwin nanti) - paling ku

[Terbaru!] Tarikh HOT Majlis Perkahwinan 2020