BOLEHKAH seorang bapa yang fasik yakni tidak solat dan puasa di bulan Ramadan menjadi wali untuk anaknya? Bagaimana jika diganti dengan datuk mahupun abang yang juga fasik? Adakah anak itu perlu tunggu ayahnya bertaubat dahulu?
- Lia, Kuala Lumpur.
UKE: Menjadi seorang yang adil adalah seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya daripada melakukan dosa besar seperti berzina, minum arak dan menderhaka kepada ibu bapa serta berusaha tidak melakukan dosa kecil.
Lawan kepada adil adalah fasik. Maka wali yang adil iaitu yang tidak fasik menjadi keutamaan dalam syarat wali supaya dapat melaksanakan tanggungjawab seperti mana dikehendaki agama.
Sebenarnya sebahagian besar ulama mutaakhirin dalam mazhab Syafie seperti Imam al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali, selepas beristighfar .
Maka, hendaklah disuruh si bapa beristighfar dan silakan berbincang dengan tuan kadi atau naib kadi bagaimana perlu dibuat ketika ingin berakad nikah. Mereka ada cara sendiri untuk selesaikan masalah ini.
Sumber: Utusan
Comments
Post a Comment