Terdapat pelbagai jenis minyak wangi yang dikeluarkan di pasaran. Memandangkan target market untuk produk minyak wangi ini adalah sangat luas. Ada yang harga nya yang teramat murah, ada yang mampu milik dan ada juga yang harganya memang tak masuk akal. Hampir cecah puluhan ribu jugak tau! Tak percaya? Boleh baca ni Senarai 10 Minyak Wangi Termahal di Dunia
Tapi yang tak best nya, bila kita dah habiskan duit untuk beli minyak wangi mahal-mahal, tapi bau dia tak tahan lama. Jadi, dekat post ni sis nak bantu anda supaya bau minyak wangi akan tahan lebih lama bila pakai.
1. SEMBUR DI DADA
Sembur di bahagian dada. Betul ke ni? Kenapa ya? Sebab bahagian ini tak banyak bergerak, wangian yang anda pakai akan jadi tahan lebih lama. Kalau dia berpeluh dia akan makin wangi tau!
2. SEMBUR DI BAHAGIAN INI YA
Selain dada sebaiknya sembur pada kulit yang panas. Antaranya boleh menyembur pada nadi tangan, siku, celah peha, belakang lutut atau pergelangan kaki untuk kekalkan baunya.

3. PAKAI LOSYEN ATAU VASELINE
Kalau kulit jenis kering sebaiknya lembapkan dengan dulu dengan losyen. Tapi seeloknya pilih yang tiada bau. Paling tidak sapu Vaseline pada bahagian yang disembur terutamanya bahagian nadi.
4. LEPAS MANDI, SEBELUM PAKAI BAJU
Waktu yang paling baik untuk bau minyak wangi tahan lama adalah selepas mandi dan sebelum memakai baju.
5. JANGAN GONCANG BOTOL
Sebelum menyembur minyak wangi janganlah goncang botolnya. Perbuatan menggoncang botol minyak wangi ini membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti harumannya.
6. DAH SEMBUR, TAK PERLU GOSOK
Selepas gosok, ramai yang akan gosok di bahagian tersebut tapi sebenarnya cara ini salah. Elakkan menggosok minyak wangi yang telah disembur kerana ia boleh menjejaskan molekul wangian hinggakan ianya menjadi baunya berubah
7. JARAK SEMBURAN
Sembur minyak wangi pada jarak 4-6 inci dan semburan tak perlu lama. Sekejap je!
8. SIMPAN JAUH DARI CAHAYA
Selepas menggunakan minyak wangi, simpan pada tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap. Cahaya kepanasan dan kelembapan juga boleh menjejaskan kualiti bau minyak wangi.
Sumber: Vanilla Kismis
Comments
Post a Comment