Wanita sekarang perlu bersikap berdikari demi kemajuan diri sendiri seiring dengan kemajuan ekonomi. Memang tidak boleh dielakkan lagi untuk seseorang wanita tu terpaksa berjalan bersendirian ke tempat kerja, tempat belajar dan lain-lain. Yang tak seronoknya bila kita hampir setiap hari akan dipaparkan dengan isu yang tidak baik tentang keselamatan wanita.
Menjadi seorang wanita itu bukan lah mudah dan perlu sentiasa berjaga-jaga. Jika mempunyai seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando dan lain-lain adalah kelebihan bagi seseorang wanita untuk menjaga keselematan diri nya sendiri. Sekurang-kurangnya dengan menyediakan "pepper spray" walau dimana pun anda berada, ianya boleh jadi sudah cukup untuk anda melindungi diri anda! Tak tahu nak dapatkan di mana pepper spray? Tak apa, jom kita buat sendiri jer!
DIY PEPPER SPRAY SEMUDAH ABC!
1. Pertama sekali, apa yang anda perlukan adalah botol spray. Boleh didapatkan di kedai serbaneka dalam pelbagai saiz. Tapi, kalau nak mudah, beli sahaja saiz botol yang anda mudah letakkan dalam beg.

2. Bahan kedua adalah cili api.
3. Potong cili padi menjadi kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.
4. Agak-agak hampir penuh juga botol tersebut dengan cili padi.
5. Akhir sekali adalah masukkan air ke dalam botol dan goncangkan sekuat hati. Kalau anda nak tahu berkesan atau tidak, anda boleh cuba spray di permukaan plastik dan bau. Memang boleh pedih hidung!
*Senang je dah siap. Kalau ada orang kacau, boleh terus spray!
Sumber : Mary Ferjel
Comments
Post a Comment