Skip to main content

8 TIPS KAHWIN BAJET!

Gambar: Pinterest.com

Bila jodoh dah tiba, apa lagi plan masing-masing? Kasi kahwin saja lah. Cop cop tapi sebelum tu, bila kata nak kahwin tu kita akan timbul isu kewangan. Betul kan?

Yelah mana tak nya kahwin ni melibatkan duit, perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan tu semua nya bergantung kepada diri kita sendiri. Nak sederhana ke? Nak mewah ke? Nak vogue ke? Semua tu perlu tepuk dada tanya selera.

Perkahwinan berlandaskan agama Islam, adalah sangat simple. Buat sahaja majlis
dengan cara cukup sederhana mengikut kemampuan. Yelah lepas kahwin nanti, berganda-ganda lagi bilangan kiraan duit perlu digunakan (rasanya tak perlu sebut apa yang banyak tu, anda perlu tahu dah kalau nak kahwin hehehe). Jom kita try ikut 8 tips kahwin bajet ni, dan kita cuba sebaik mungkin:-

1. Hantaran dan mas kawin.

Pertama sekali,kalau dah rancang nak kahwin bincang dengan pasangan anda, berapa hantaran yang lelaki mampu bagi (kalau boleh cukup untuk cover kenduri kahwin nanti) - paling kurang RM5,000.00 dan ke atas. Kalau buat rewang dah tentu-tentu lebih jimat jika nak buat majlis kenduri tu nanti.

Seterusnya, untuk perempuan anda perlu bincang dengan keluarga. Tak perlu letak harga terlalu tinggi sampai orang mengata. Letak rendah tak apa, janji selepas sebaik sahaja anda berkahwin tak ada hutang terbeban kerana perkahwinan tersebut. Apa-apa pun mengikut kemampuan, kalau mampu lebih daripada biasa. Silakan, tapi ingat jangan sampai membazir ya

2 . Barang hantaran.

Tak perlu nak beli barang mahal-mahal. Beli hanya ikut kemampuan dan cukup syarat sahaja. Bayangkan anda beli jam dengan harga berpuluh ribu pun, bukannya orang tahu harga nya berapa. Elok cantik pun dah okay dah sedap mata memandang.

Isu menghias pula, buat sehabis kemas & simple adalah lebih baik.Sebab apa? Nanti semua tu kita akan buang juga hehe

Terbaik adalah anda pergi waktu jualan promosi "SALE".

3. Buat majlis kahwin yg sederhana/ buat sebelah pihak ja.


Kalau plan nak buat kenduri grand-grand macam majlis di istana, memang lambat lagi lah nak kahwin! Sebab apa? Nak kene simpan dulu duit banyak-banyak. Macam biasa, kalau mampu tak mengapa. 

Apa yang best zaman sekarang ni kalau kahwin dah ada yang menyediakan perkhidmatan "wedding planner" jadi anda cuma perlu set kan bajet, mereka akan buat majlis perkahwinan anda mengikut bajet tu. Tapi, yang penting anda perlu survey sehabis baik. Sebab terlalu banyak pilihan. Fikir dahulu sebelum membuat bayaran tu ya

4. Sewa baju pengantin dan makeup saja.

Baju pengantin sangat digalakkan untuk sewa! Sebab baju pengantin bukan macam baju nikah, kalau baju nikah tu simple je. Harga untuk baju nikah pun tak mahal berbanding dengan baju kahwin. Kalau sewa RM300 pun boleh dapat dah, kalau beli? Memang beribu pula habis nanti.

Tapi jika anda dah setuju untuk ambil pakej lengkap perkahwinan, mungkin baju pengantin & andaman dah termasuk dalam pakej tu. Kan lebih bagus tu? Jimat masa, dan mungkin juga jimat wang anda!

5. Doorgift dan Kad Jemputan

Gambar: Magnovas Hamper & Gift

Untuk doorgift ni, kalau tak bagi tak manis pula. Sebab tujuan doorgift tu sendiri adalah tanda terima kasih kita kepada tetamu yang hadir. Ingat bukan senang orang nak luangkan masa  semata untuk nak datang ke majlis perkahwinan kita. Jadi, nilai sesebuah cenderahati tu tak penting yang penting keikhlasan memberi tu hehe

Sedikit nota, kalau boleh bagi benda/makanan yang semua orang makan so tak adalah isu membazir kat situ. Dicadangkan bagi kek coklat, bahulu, biskut coklat cip (yang penting masih dalam bajet anda)

6. Kek kawin
Gambar: Pinterest.com

Sekarang banyak dah yang buat kek kahwin mengikut bajet anda! Yang penting apa? yang penting pattern atau seni hiasan kek tu memang eyes catching, simple, lawa & elegant. RM50 pun boleh dapat dah, jangan nak bertingkat-tingkat tapi tak sedap lepastu? Membazir je tak ada siapa nak makan. Kita kene pandai bezakan apa yang boleh grab dengan harga mahal sikit dengan perkara yang boleh dapatkan dengan harga murah je. Okay?

7. Photographer

Sekarang ni phone semua dah canggih, kalau minta adik beradik atau sedara mara tangkapkan beberapa gambar semasa majlis perkahwinan anda tu berlansung dan wujudkan album kahwin diy pun dah cukup lengkap dah. Nak mudah, minta kawan-kawan anda yang bercita-cita untuk mewujudkan perniagaan fotografi tu. Guna kan kemahiran mereka dan jadikan majlis anda sebagai protfolio mereka nanti. So? Sudah tentu ianya percuma kan.

8. DJ / JuruHebah

Tanpa dj/juruhebah sunyi pula majlis nanti. Kalau ada pasang lagu-lagu pun dah okay, kalau nak meriah sikit panggil orang kampung je. Confirm meriah! Kebiasaanya harga yang dikenakan oleh DJ adalah RM250 dan ke atas kira standard price lah tu.

Kesimpulannya, setiap majlis tak semestinya semua sempurna.. Akan ada jugak cacat celanya di mata orang percayalah!



Comments

Popular posts from this blog

Perlu Ada Bridesmaid atau Tidak ya? 5 sebab yang anda perlu ambik kira dalam isu ini.

Sudah menjadi trend kat Malaysia ni kalau wedding je mesti kena ada bridesmaids. Antara soalan-soalan yang bermain kat fikiran bakal pengantin, “Pelik ke kalau aku tak ada bridesmaids?” “Rasa macam jahat je kalau tak hire kawan-kawan jadi bridesmaids sebab hari tu diorang beriya-iya minta nak jadi..” Tapi perlu ke bridesmaids? Gambar: Pinterest.com Jawapannya TAK PERLU pun untuk ada gadis-gadis molek yang berpakaian sama warna duduk di sekeliling korang semasa majlis berlangsung atau photoshoot sessions. Kenapa? Meh, admin nak kongsi sebab-sebabnya. 1. Pilih si A nanti B kecik hati pulak. Aduyai! Korang dahla ramai kawan dan ramai cousins perempuan. Tak ke pening korang nak decide siapa yang patut jadi bridesmaids. Bila dah macam tu, nak kena jaga hati semua orang. Takut nanti kalau tak pilih dia, kecil hati pulak. Ah sudah! So, better tak perlu ada bridesmaids. Haa.. selesai satu masalah. 2. Duit oh duit.. Bab ni kalau korang mampu nak sponsor baju dan accessories, ok

[Terbaru!] Tarikh HOT Majlis Perkahwinan 2020