Kini tiba masanya berhari raya, muslimin dan muslimat sembahyang bersama Eh ni bukan lirik lagu ke? Sabar! Puasa tak habis lagi geng.
Menjelang bulan syawal nanti, sudah tentu semua menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan. Mana taknya! Puasa penuh kan? Aik yang puasa tak penuh macam mana pula? Ke yang tak puasa penuh tu lagi excited sambut raya hehe jangan macam tu
SALING BERMAAF KITA BERSAMA, LUPAKAN SENGKETA LAMA!
Credit: ohhangat.com
7 FAKTA MENGENAI HARI RAYA YANG ANDA PERLU TAHU:-
1. Hari Raya Aidilfitri pertama diraikan oleh umat Islam selepas berlakunya perang Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah dan diwajibkan menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
2. Perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut bagi meraikan kemenangan tentera Islam dalam perang Badar dan kejayaan umat Islam menunaikan ibadah puasa.
3. Mengikut sejarah, perang Badar melibatkan pertempuran antara 313 tentera Islam gabungan 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar untuk menawan kembali harta mereka yang telah dirampas di kota Mekah ketika berhijrah.
4. Sebelum ajaran Islam disebarkan, masyarakat Arab di Madinah menyambut hari raya dua kali yang digelar hari an-nairuz dan al-mahrajan dengan tarian, nyanyian serta minuman keras.
5. Nabi Muhammad menggalakkan umat Islam memakai pakaian baru dan bersedekah pada Hari Raya
6. Ibadah zakat pertama kali diperhalusi dengan syariat zakat fitrah ke atas umat Islam. Nabi Muhammad memperkenalkan satu sistem yang memperincikan keperluan, amaun, syarat sah dan syarat penerima zakat.
7. Umat Islam disaran bersederhana dalam melakukan persiapan Hari Raya dan tidak mewah berbelanja.
Comments
Post a Comment