Skip to main content

Mana Hilang Mood? 5 Cara Simple Nak Tingkatkan Mood Anda!

Kebiasaannya kita akan hilang mood pagi isnin, betul? Lagi-lagi lepas beberapa hari cuti yang panjang. Jadi, macam mana nak seru balik mood tu? Boleh ikut 5 cara mudah bawah ini okay:-

1. Jangan Salahkan Diri Sendiri

Image result for blame yourself

Habis tu nak salahkan siapa? Ok. Pointnya ialah jangan salahkan diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya cari kelemahan diri dan cuba baiki kelemahan diri. Besar bezanya antara mencari salah dan mencari kelemahan diri. Mencari salah meletakkan diri kita rasa lemah, pasif dan rasa down. Sebaliknya, mencari lemah diri sendiri mampu menukar kelemahan menjadi satu kekuatan! 

2. Berfikiran positif. 

Penting sangat ke nak kena fikir positif? Biasa sangat kita dengar kata bijak pandai, “Pasti ada sinar dihujung lorong”. Lebih kurang camtulah. Apa maksudnya? Maksudnya ialah jangan berputus harap pada Allah. Itu yang utama. Apa jua masalah, Allah wajib menjadi tempat kita bergantung harap. Bukan pada manusia!

3. Dapatkan tidur yang berkualiti. 

Ramai antara kita yang suka berjaga malam. Online facebook, instagram tak habis-habis, apa jua alasan sepatutnya tak menjadikan kita melawan fitrah tubuh badan kita. Mungkin sekarang kita belum rasa natijahnya suka berjaga malam, namun hakikatnya tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan tubuh dan mental. 

4. Ceriakan diri dengan haiwan comel. 

Tak dapat dinafi kan, bila kita tengok kucing, hati rasa gembira dan best. Betul tak? Sebab apa? Sebabnya hormon ‘ceria’ seperti serotonin, prolactin, dan oxytocin dah mula dihasilkan serta hormon penyebab tekanan iaitu cortisol direndahkan. Tiada haiwan nak dibelai? Macam-macam game ada kat internet. Bela ayam, bela itik, tanam pokok. Pilih saja, cuma jangan sampai kemaruk dan tak cukup tidur!

5. Senyum. 

Related image

Kalau payah sangat, paksalah diri untuk senyum. InshaaAllah, senyum membuatkan kita rasa lapang dan lega. Jangan asyik serius jer sepanjang hari. Mood kita kadangkala menyebabkan orang sekeliling kita beraura negatif. Senyum cukup membuatkan sesiapa saja senang dengan kehadiran kita. Betul tak?



Comments

Popular posts from this blog

Perlu Ada Bridesmaid atau Tidak ya? 5 sebab yang anda perlu ambik kira dalam isu ini.

Sudah menjadi trend kat Malaysia ni kalau wedding je mesti kena ada bridesmaids. Antara soalan-soalan yang bermain kat fikiran bakal pengantin, “Pelik ke kalau aku tak ada bridesmaids?” “Rasa macam jahat je kalau tak hire kawan-kawan jadi bridesmaids sebab hari tu diorang beriya-iya minta nak jadi..” Tapi perlu ke bridesmaids? Gambar: Pinterest.com Jawapannya TAK PERLU pun untuk ada gadis-gadis molek yang berpakaian sama warna duduk di sekeliling korang semasa majlis berlangsung atau photoshoot sessions. Kenapa? Meh, admin nak kongsi sebab-sebabnya. 1. Pilih si A nanti B kecik hati pulak. Aduyai! Korang dahla ramai kawan dan ramai cousins perempuan. Tak ke pening korang nak decide siapa yang patut jadi bridesmaids. Bila dah macam tu, nak kena jaga hati semua orang. Takut nanti kalau tak pilih dia, kecil hati pulak. Ah sudah! So, better tak perlu ada bridesmaids. Haa.. selesai satu masalah. 2. Duit oh duit.. Bab ni kalau korang mampu nak sponsor baju dan accessories, ok

8 TIPS KAHWIN BAJET!

Gambar: Pinterest.com Bila jodoh dah tiba, apa lagi plan masing-masing? Kasi kahwin saja lah. Cop cop tapi sebelum tu, bila kata nak kahwin tu kita akan timbul isu kewangan. Betul kan? Yelah mana tak nya kahwin ni melibatkan duit, perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan tu semua nya bergantung kepada diri kita sendiri. Nak sederhana ke? Nak mewah ke? Nak vogue ke? Semua tu perlu tepuk dada tanya selera. Perkahwinan berlandaskan agama Islam, adalah sangat simple. Buat sahaja majlis dengan cara cukup sederhana mengikut kemampuan. Yelah lepas kahwin nanti, berganda-ganda lagi bilangan kiraan duit perlu digunakan (rasanya tak perlu sebut apa yang banyak tu, anda perlu tahu dah kalau nak kahwin hehehe). Jom kita try ikut 8 tips kahwin bajet ni, dan kita cuba sebaik mungkin:- 1. Hantaran dan mas kawin. Pertama sekali,kalau dah rancang nak kahwin bincang dengan pasangan anda, berapa hantaran yang lelaki mampu bagi (kalau boleh cukup untuk cover kenduri kahwin nanti) - paling ku

[Terbaru!] Tarikh HOT Majlis Perkahwinan 2020